19.2 Karya
Yang Dibaca / Dideklamasikan atau dinyanyikan
(Yang diketahui
dan yang direkodkan)
1.
----,
cerpen, 1989, dibaca oleh Cikgu Dayang Razipah, di majlis baca karya
anjuran Angkatan Karya di Muzium Sarawak, Bangunan Tun Abdul Razak, Kuching.
2.
Lagu puisi
Mungkinkah oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lumba Kuda, Kuching
dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (dalam majlis baca
baca & puisi anjuran SM Kebangsaan Lumba Kuda, Kuching bersama-sama Cikgu
Abdul Wahab Bujang, pada November 1996.
Diulang nyanyi beberapa kali dalam beberapa majlis sekolah.
3.
-----,
puisi, 5 September 1997, dinyanyikan oleh DEWASARA, (Kumpulan penyanyi
Lagu Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak), di SMK Lumba Kuda,
Kuching.
4.
“Jika
sudah pergi Jasadku,” puisi, 20 November 1997, dibaca oleh Atikapuspa,
pelajar SMK Lumba Kuda sempena majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil SMK Lumba
Kuda.
5.
Warkah
Untuk Masyitah, oleh pelajar SHOAW 2002 sempena
minggu Kesedaran dan Kebudayaan Islam.
Pembaca mendapat Johan dalam pertandingan deklamasi sajak.
6. Baca puisi Suara Anak Merdeka dalam
majlis perhimpunan Kemerdekaan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, 93250
Kuching di Dewan PGA Batu Kawa, Isnin,
18 Ogos 2003. Puisi
dibaca oleh 3 orang pelajar dan seorang guru (Roslan Bojeng) bersama-sama
pengarang.
7. Baca puisi Panorama
di Balik Warkah Untuk Masyitah dibaca sebagai puisi untuk pertandingan
dalam majlis / Minggu Dakwah Islamiah anjuran BADAR Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching, Mei tahun 2002.
8.
Lagu puisi
Mungkinkah oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tabuan Jaya, 93250
Kuching (dalam pertandingan lagu puisi anjuran SMK Bako, Kuching pada 2002.
9.
Lagu puisi
Mungkinkah oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, 93250
Kuching (bersama-sama Cikgu Roslan Bojeng), dalam pertandingan lagu puisi
anjuran SMK Bako, Kuching pada 23 Ogos 2003.
10.
Lagu puisi
Setelah Lelah Aku Memikirkannya oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Abang Haji Openg (bersama-sama Cikgu Michael Belekum), 93250 Kuching dalam
pertandingan lagu puisi anjuran SMK Bako, Kuching pada 23 Ogos 2003.
11.
Jais
Sahok. 2003. Cerpen Senyum Suhana
terbitan Mingguan Malaysia dibaca oleh Amina Zajila, dari Universiti Malaya, di
majlis baca cerpen di Shan Alam, Selangor
pada 2 September 2003.
12.
Jais
Sahok. 2004. Suara Anak Merdeka.
Dibaca oleh Pelajar SMKBatu Kawa sempena majlis Perhimpunan Sekolah 17 Ogos
2004, perhimpunan khas kerana memperingati Hari Kebangsaan.
13.
Jais
Sahok. 2004. Meniti Jalan Kehidupan –
Dari Jiwa Anak Merdeka dan Terima Kasih Malaysia dijadikan puisi
persembahan sempena majlis Penghayatan Kemerdekaan 2004,
Jabatan Pendidikan Sarawak di Stadium Tertutup, Perpaduan, Petra Jaya, Kuching
pada 2 September 2004. Penulis sendiri menjadi Pengarah
Persembahan. Deklamasi dilakukan oleh beberapa orang guru dan pelajar terpilih.
14.
Jais Sahok. 2004. Lagu Permai, dideklamasikan sendiri di Kem Permai sempena majlis
penutupan Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara – 7-11 Oktober 2004.
15.
Jais Sahok. 2005. Dari Sudut Keinsafan dideklamasikan sendiri di Balai Budaya Dewan
Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 29 Januari 2005 sempena majlis Baca
Puisi Kemanusiaan untuk memungut dana/derma Tabung Tsunami anjuran PEKASA,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, ASEK
dan Utusan Sarawak.
16.
Jais
Sahok. 2005. dari serpihan tulang-tulang dideklamasikan oleh Mohamd Faris
Mohamad Yusuf (Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa) dan dinyanyikan oleh Kumpulan
Lagu Puisi SMK Tun Abang Haji OPENG, di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sarawak pada 29 Januari 2005 sempena majlis Baca Puisi Kemanusiaan
untuk memungut dana/derma Tabung Tsunami anjuran PEKASA, Dewan Bahasa dan
Pustaka Cawangan Sarawak, ASEK dan
Utusan Sarawak.
17.
Jais
Sahok. 2005. Datangmu Kali Ini dinyanyikan oleh Kumpulan Lagu Puisi
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu,di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sarawak pada 29 Januari 2005 sempena majlis Baca Puisi Kemanusiaan
untuk memungut dana/derma Tabung Tsunami anjuran PEKASA, Dewan Bahasa dan
Pustaka Cawangan Sarawak, ASEK dan
Utusan Sarawak.
18.
Jais
Sahok. 2005. (i) Selawat dan Salam
dan (ii) Ya Nabi, Ya Rasul – sebuah
apresiasi oleh pelajar SMKBatu Kawa dalam majlis Maulidur Rasul 1426H di
Dewan SEMERBAK SMKBK pada 21 April 2005.
19.
Jais Sahok.
2005. (i) Syair Perahu Tambang
(dinyanyikan oleh Cikgu Roslan Bojeng, Siti Roshikin, Norlin Atahar, (ii) Datangmu Kali Ini (iii) Meniti Jalur Gemilang, (iv) Bahasaku Oh Bahasaku, (v) Warkah Untuk Mashitah, (vi) Seruan Paradigma Merdeka, (vii) Jambangan Bunga Bahasa, (viii) Kotaku, Dengarlah Rintihanku, (ix) Gadis Bertudung Putih, (x) Cikgu, Selamat Hari Guru Buatmu, (xi) Dari Dalam Tangismu, (xii) Kita dan Ilmu (xiii) Warkah Cinta Untuk Sungai Sarawak (xiv)
Anak Merdeka (xv) Selamat Hari Ibu (Deklamasi oleh Fatin
Aina Zawani) (xvi) Dari Hati Seorang
Guru (deklamasi sendiri) (xvii) Maafkan
Ya Tuhan (bacaan bersahaja oleh Yusuf Lotot) oleh para penari Sekolah
Menengah Kebangsaan Batu Kawa pada 7 Mei
2005 di tebingan Sungai Sarawak, Kuching sempena Bajo (Muzikatari)
Puisi, anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Sarawak.
20.
Jais
Sahok. 2005. Puisi (i): Cerpen (i) dalam Majlis Aprisiasi Karya Guru (Antologi
Cikgu I – XVII) selama 40 jam tanpa henti dari pukul 8.00 pagi 14 Mei 2005
hingga 12.00 tengah malam, 15 Mei 2005, di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan
Sarawak anjuran Kumpulan Pengakap 14 & 24 Matang, Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sarawak, PEKASA dan Utusan Sarawak sempena Hari Guru 2005.
21.
Jais
Sahok. 2005. Puisi Mengenang Budi dibaca oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Batu Kawa, Kuching dalam Majlis Pelancaran Budi Bahasa dan Nilai Murni pada 21
Jun 2005.
22.
Jais
Sahok. 2005. Puisi Lawas, Kukenalmu Begini dibaca sendiri di Dewan Masyarakat
Lawas sempena Majlis penutupan Bengkel Puisi (Syair dan Gurindam) dan
pelancaran Gerakan Budi Bahasa & Amalan Nilai Murni Daerah Lawas, pada Ahad
25 Jun 2005, Jam 9.00 malam.
23.
Jais
Sahok. 2005. Puisi Lukisan Panorama Insan Bernyawa dibaca oleh Mohamad Faris Mohd
Yusuf dalam pertandingan deklamasi puisi anti dadah anjuran JPNS yang
dikendalikan oleh SMKA TUNAZ pada 30 Jun 2005. Menang hadiah kedua. Dibaca
sekali lagi pada 13 Julai 2005 di majlis pelancaran Bulan Bahasa Sekolah
Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching di Dewan Besar Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu Kawa, Kuching.
24.
Jais
Sahok. 2005. Puisi Hadiah Yang Kuterima Ini dideklamasilakonkan oleh para pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa sempena majlis Penyampaian Hadiah Hujung
Tahun 2005 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa pada 29 Oktober 2005.
Dideklamasikan lagi/juga pada majlis penyampaian hadiah pada 1 Nov 2006 di
Dewan Semerbak Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching.
25.
26.
Jais
Sahok. 2005. Puisi (i) Nyanyi Permai, (ii) Sajak
Untuk Negara (iii) Merdeka Kita Kali Ini (iv) Andai
Sudah Tiba Saatku Pergi dideklamasikan sendiri ketika menyampaikan
ceramah Negara kepada para peserta
kursus Ketatanegaraan anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Sarawak
di Kem East Valley, Batu 32 Jalan Kuching-Serian pada 18 November 2005, 8.30 –
10.30 malam.
27.
Jais
Sahok. 2005. Puisi Pada Kelahiranmu – Pekasa
dideklamasilakonkan oleh Mohamad Fariz Mohd Yusuf di Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sarawak pada 19 November 2005 sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
Pertama Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA) oleh YB Haji Fadhilah Mohd
Yusuf.
28.
Jais
Sahok. (2006). Puisi Teriakan Kardiak – Puisi yang
dicipta khusus untuk peraduan Puisidra Sains Sekolah-sekolah Menengah peringkat
Bahagian/Gabungan Kuching. Puisidra dipersembahkan oleh Afiqah Rawiyah Roslan
dengan bantuan Izarul Japar dan Mohamad Shahrul B Tahir. Pertandingan
dilangsungkan di SMKA TUNAZ, Jalan Sultan Tengah, Kuching. Mendapat Tempat
Pertama.
29.
Jais
Sahok. (2006). Puisi Gadis Batu Kawa – puisi yang
dimelodikan untuk pertandingan lagu puisi anjuran SMK Matang Hilir 17 April
2006. Melodi oleh Cikgu Kichin Jabu. Dinyanyikan juga pada majlis penyampaian
hadiah pada 1 Nov 2006 di Dewan Semerbak Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa,
Kuching.
30.
Jais
Sahok. (2006). Puisi Negeriku Terbilang
dan Erti Kemerdekaan Ini dibaca
sendiri dalam Majlis Mengibar Jalur Gemilang Baitul Makmur di Medanraya, Petra
Jaya sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-49 9.00 pagi pada 21 Ogos 2006 bersamaan 27 Rejab 1427H.
Puisi dimuatkan dalam buku cenderamata majlis.
31.
Jais
Sahok. (2006). Puisi Lencana Kehidupan
– Puisi yang dipersembahkan secara lagu dan deklamasi di SMK STAR Petra Jaya
oleh para Pengakap Sekolah pada 2
September 2006.
32.
Jais Sahok. (2006). Puisi Selamat Jalan Ramadan – dideklamasikan sendiri pada majlis berbuka
puasa dan tarawih di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 7 Oktober
2006.
33.
Jais Sahok. (2006). Puisi Pada Syawal Inilah - Puisi
yang dideklamasikan sendiri di majlis Berambil
Aidilfitri Berdama Dewan Bahasa dan Pustaka di Balai Budaya Dewan Bahasa
dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 12
Oktober 2006 dirakam untuk siaran RTM pada pukul 2.30 petang hari Kedua
Aidilfitri 1427H.
34.
Puisi Neng… Usah Kau Keringkan Air Mata dari
antologi Bertandanglah Ke Dalam Hati di majlis penutup Pertandingan Lagu dan
Puisi antara sekolah peringkat Bahagian Samarahan pada Selasa 22 April 2008 di
Dewan Masyarakat Serian.
No comments:
Post a Comment