Kegiatan Baca Karya


19.1          Membaca Karya Sendiri atau Karya Orang Lain di Majlis Tertentu

            Yang  dimaksudkan  dengan  Kegiatan Baca Karya di sini ialah pembacaan karya  seperti  puisi,  cerpen, drama atau seumpamanya sebagai salah satu kegiatan apresiasi sastera Melayu.





1. Siri  baca  puisi dari sekolah ke sekolah bersama-sama Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS), 1989  &  1990. (SMK Datuk Patinggi Hj Abdul Gafur, SMK Green Road, SMK Sheikh Hj Othman Abdul Wahab, Matang).

2. Baca Cerpen  -  di Majlis Penyampaian Hadiah Galakan Sastera Sarawak 1991 -  Cerpen  yang  memenangi  salah satu hadiah.

3. Baca Puisi  `Bosnia'  di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak anjuran `Anak Seni'  Sarawak.   Puisi  ditaja RM500.00 - untuk tabung Bantuan Rakyat Bosnia.  Turut Hadir ialah YB Daud Abdul Rahman.

4. Baca Puisi  di  Majlis  Penyampaian  Hadiah Galakan Pelajar  Cemerlang  (Akademik)  Persatuan  Kebangsaan  Melayu Sarawak, 1993, 1994.

5. Baca Puisi pada majlis Makan Malam Biro Pendidikan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, 1994.

6. Baca Puisi  sempena  Idil Fitri 1414 di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.   Majlis  ialah  anjuran  `Anak Seni' Sarawak.

7. Baca Puisi sempena Mesyuarat Agung Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, pada bulan November 1994  di  Pejabat Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Jalan Haji Taha, Kuching.

8. Baca Puisi, sempena Majlis Penyampaian Hadiah Galakan anak-anak ahli Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, 1996.

9. Baca Puisi, sempena Majlis Penyampaian Hadiah Galakan anak-anak ahli Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, 1996. Puisi Anak Melayu.

10.    Baca Puisi, sempena Majlis Penutupan Kursus Induksi, JPNS, di Kuching (Panview Hotel),  26 April 1997.

11.    Baca Puisi, anjuran GPPS di Waterfront, Kuching pada 26 Julai 1997.  Dua buah puisi di baca, Anak IV dan Senandung Sungai Sarawak.

12.    Baca Puisi, di Majlis Malam Bahasa dan Sastera anjuran SMK Lumba Kuda dan GPPS dengan kerjasama DBPCS, 5 September 1997 dengan Puisi Jika Bisa Aku Menangis.

13.    Baca puisi Untukmu Anak Didikku, dalam majlis perayaan hari Guru 16 Mei 2003 di Dewan Besar SHOAW di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching.

14.     Baca puisi  Lukisan Panorama Insan Bernyawa dalam majlis Perangi Dadan Habis-Habisan anjuran Majlis Dadah, Kementerian … dan kerajaan negeri. Majlis berlangsung pada 11 Jun 2003 di Dewan Suarah Kuching.

15.    Baca puisi Suara Anak Merdeka dalam majlis perhimpunan Kemerdekaan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, 93250 Kuching  di Dewan PGA Batu Kawa, Isnin, 18 Ogos 2003. Puisi dibaca bersama-sama 3 orang pelajar dan seorang guru (Roslan Bojeng).

16.    Baca puisi Ucap Salam Merdeka dalam majlis perhimpunan Kemerdekaan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, 93250 Kuching  di Dewan PGA Batu Kawa, Isnin, 18 Ogos 2003. (Dibaca sendiri).

17.    Baca Puisi Nyanyi Permai dalam Majlis Penutupan Rasmi, Kursus Kenegaraan di Kem Permai, Santubong pada 11 Oktober 2004.

18.    Baca Puisi Dari Sudut Keinsafan dibaca sendiri di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 29 Januari 2005 sempena majlis Baca Puisi Kemanusiaan untuk memungut dana/derma Tabung Tsunami anjuran PEKASA, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, ASEK  dan Utusan Sarawak.

19.    Baca Puisi Dari Serpihan Tulang-Tulang dibaca oleh Mohamad Fariz Mohd Yusuf  di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 29 Januari 2005 sempena majlis Baca Puisi Kemanusiaan untuk memungut dana/derma Tabung Tsunami anjuran PEKASA, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, ASEK  dan Utusan Sarawak.

20.    Lagu Puisi  Dari Serpihan Tulang-Tulang dinyanyikan oleh Kumpulan Lagu Puisi SMK Tun Abang Haji Openg, di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 29 Januari 2005 sempena majlis Baca Puisi Kemanusiaan untuk memungut dana/derma Tabung Tsunami anjuran PEKASA, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, ASEK  dan Utusan Sarawak.

21.    Lagu Puisi  Datangmu Kali Ini dinyanyikan oleh Kumpulan Lagu Puisi Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 29 Januari 2005 sempena majlis Baca Puisi Kemanusiaan untuk memungut dana/derma Tabung Tsunami anjuran PEKASA, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, ASEK  dan Utusan Sarawak. (ii) didekon sekali lagi pada 7 Mei 2005 di tebingan Sungai Sarawak, Kuching sempena Bajo (Muzikatari) Puisi, anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Sarawak.

22.    Puisi Dari Hati Seorang Guru didekon sendiri bersama para penari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa  pada 7 Mei 2005 di tebingan Sungai Sarawak, Kuching sempena Bajo (Muzikatari) Puisi, anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Sarawak.

23.    Majlis Aprisiasi Karya Guru (Antologi Cikgu I – XVII) selama 40 jam tanpa henti dari pukul 8.00 pagi 14 Mei 2005 hingga 12.00 tengah malam, 15 Mei 2005, di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak anjuran Kumpulan Pengakap 14 & 24 Matang, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, PEKASA dan Utusan Sarawak sempena Hari Guru 2005.

24.    Puisi Pada Kelahiranmu, PEKASA dalam majlis baca puisi Ramadan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak 2005 di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Pada 12 Oktober 2005, 8 Ramadan 1426H. Puisi dibaca sendiri. Laporan dikeluarkan dalam Utusan Sarawak pada 20 Oktober 2005 – Stail, hlm. 14.

25.    Puisi Negeriku Terbilang dan Erti Kemerdekaan Ini dibaca sendiri dalam Majlis Mengibar Jalur Gemilang Baitul Makmur di Medanraya, Petra Jaya sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-49 9.00 pagi pada 21 Ogos 2006 bersamaan 27 Rejab 1427H.

26.    Puisi Neng… Usah Kau Keringkan Air Mata dari antologi Bertandanglah Ke Dalam Hati di majlis penutup Pertandingan Lagu dan Puisi antara sekolah peringkat Bahagian Samarahan pada Selasa 22 April 2008 di Dewan Masyarakat Serian.


No comments:

Post a Comment